Alhamdulillah, Anak Tak Tidur Selepas Solat Subuh!

 

Alhamdulillah, anak bangun solat subuh dan tidak tidur semula .
Maka, ibu dan ayah ucapkanlah…

“Alhamdulillah, tahniah! Terima kasih Ahmad sebab bangun pagi. Semoga seluruh keluarga kita termasuk seperti yang didoakan oleh Nabi. Doa Nabi itu pasti makbul nak. Moga kita diberkahi!”

Bonding ibu dan ayah bersama anak.
Di awal pagi anak sudah di beri penghargaan.
Seawal pagi kita sudah bercerita tentang Nabi.

Indahnya hidup dengan memulakan hari dengan mengikut sunnah Rasulullah, kekasih yang dicintai Allah dan malaikat.

Jom selawat kepada nabi. Jom!

 

Leave a Comment

CommentLuv badge