Bebaskan anak berkreativiti

bunga

 

Anak sulung saya, Tuan Muda Ahmad Bukhari memang suka mengambil gambar malah suka beraksi didepan kamera. Malah Ahmad sering meminta saya atau ayahnya untuk merakam setiap aksinya.

Kami sering memberi kebebasan untuk Ahmad dan adik-adiknya berimaginasi seiring dengan sel-sel otak mereka yang sedang berkembang. Gambar bunga di atas dirakam ketika kami bercuti di Genting Highlands bersama-sama ahli keluarga yang lain. Seronok juga melihat hasil anak-anak malah setiap kali Ahmad merakam sesuatu, kami pasti akan berbincang dengannya berkaitan dengan gambar yang di ambil.

Walaupun umur Ahmad baru memasuki 5 tahun tetapi kami membiasakannya dengan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi. Sesuai dengan sukatan pelajaran di tadikanya yang mengajar modul tersebut.