Murid cepat ingat apabila guru…

photo_20140513_183321[1]

Bila mengajar menggunakan lagu, murid memang cepat ingat dan suka. Malah tak ada langsung masa untuk mengantuk atau main-main.

Memang berbeza jika kita hanya mengajar, mengajar dan mengajar. Lepas tu, bagi kerja kat mereka. Mestilah mereka cepat boring dan nak buat ” kerja sendiri “. Bila tengok mereka bermain, guru mula la “Buat apa tu?”, “Duduk tempat awak” dan sebagainya.

Belajar dalam keadaan mereka seronok, kita pun rasa gembira. Nak tahu mereka memang teruja atau tak dengan apa yang kita ajarkan, mereka pasti tak nak bagi kita keluar dari bilik darjah. Ayat yang biasa keluar dari mulut mereka ialah “Tak puas belajar dengan cikgu”, “Kejapnya”, “Jangan la keluar”…

Bila diuji, mereka dapat bagi respon atau maklum balas dengan betul. Bila begini, guru pun seronok mengajar hehe

Inilah pengalaman saya bersama murid tahun 1 dan tahun 2 Genius iaitu kelas corot. Setiap kali habis kelas, saya pasti tertunggu-tunggu nak masuk ke kelas mereka lagi.

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge