Mudah je ” menghidupkan ” hafalan dalam rumah.

1) Mulakan dengan bismilah dan azam .

2) Pilihlah hafalan yang macam mana yang kita mahu.
Menghafal juz Amma.
Menghafal setengah muka surat.
Menghafal surah pilihan.

Saya suka menghafal potongan ayat.
Pendek, mudah, mampu dan sangat praktikal.
Baca, hafal, faham dan ulang ( amal ) dalam kehidupan seharian.

Contoh.
Potongan ayat dari Surah Al A’raf .
Makan dan minumlah tetapi jangan berlebihan.

Baca, hafal, faham (untuk faham, saya rujuk terjemahan Al Quran, tengok tafsir dan guna isyarat tangan untuk hafal).

Setelah hafal, bila terjadi situasi anak makan macam-macam, asyik ulang alik dapur, baca ayat ini untuk ingatkan anak (keperluan untuk ibu menghafal dahulu, sebelum anak agar mudah ” petik ” ayat bila situasi berlaku depan mata).

3. Hafal, tulis dan tampal.
Untuk proses menghafal, tulis dan tampal di ruangan kerja kita. Ibu, multi task, tampal di ruang tamu, bilik, dapur untuk mudah ingat dan hafal. Setelah hafal, cabut tukar ayat lain.

Kalau tidak dicabut, penuh dinding dengan ayat Al Quran. Biar ayat ada di hati dan minda untuk hafalan sahaja didinding.

4) Sasaran hafalan sebanyak mana.
Letakkan sasaran hafalan. Sasaran biar ikut kemampuan kita. Satu bulan, mungkin empat potongan ayat. Mengapa sedikit sangat?
Sebab kita nak amalkan, amalan perlu latihan, perlu makan masa.

Contoh.
Hafalkan ayat tentang masalah yang sering berlaku dalam rumah.
Anak-anak bergaduh.
Anak malas mandi.
Anak makan membazir.
Anak ejek-mengejek.

Ibu hafal dahulu, bila anak membazir, terus tegur anak dengan ” petikan ” ayat Al Quran.
Anak membazir lagi, ibu ulang lagi.
Membazir lagi, ulang lagi.
Anak dengar, dengar dan dengar.
Lama – lama mereka pun hafal dan faham.

Syaratnya, ibu hafalkan dahulu, senang nak ” petik ” ayat.
Jom, tukar bebelan pada hafalan Al Quran.
Mulakan dengan sepotong ayat.

Kredit kepada penulis, Puan Siti NorLaila.

Jemput join channel ni ye
T.me/sasuislamichomeschooling

Support group Sasu Islamic Homeschooling
https://t.me/joinchat/DJwVBFbpwdLXFj3l5XMQsQ

#SASU
#Tetibaibujadicikgu
#azamenfhafalalquran

#puansitinorlaila

Leave a Comment

CommentLuv badge