Ibu Adalah Guru

Antara urusan kerja dan mendidik anak, kadangkala boleh menyebabkan ” cuaca ” seorang ibu berubah .
Kerana terlalu banyak yang perlu diuruskan .

Anak sulung pernah berkongsi .
” Ibu, kata ustaz Bang Long, utamakan yang utama ” .

Apa yang paling utama di hati seorang ibu.
Pastinya pendidikan untuk anak tersayang .
Seorang ibu yang lembut, bertukar wajah dikala mendidik anak .
Seorang ibu akan berendam dengan airmata, bila melihat waktu berlalu tanpa dapat mengajar anak .

Sebelum waktu belalu tersia, utamakan yang utama .
Rancang waktu sebaiknya .
Sebelum sibuk berpanjangan hingga ke petang, dahulukan mengajar anak .

LESSON PLAN

– Sediakan lesson plan untuk mengajar anak .( Dengan lesson plan ibu sentiasa bersedia untuk mengajar ) .

– Mengajar ikut kekuatan seorang ibu . Jika ibu hebat matematik, ajarlah anak matematik. Ibu bercucuk tanam ajarlah anak bercucuk tanam, ibu hebat bercerita, berceritalah dengan anak kisah – kisah hebat .

KAEDAH HATI

– Banyak kaedah yang boleh diikut . Contoh, , untuk ajar anak membaca, ada kaedah Bacalah Anakku, kaedah fonik, kaedah mengeja .Pilih mana yang paling selesa, syarat utamanya ikutlah kaedah ” HATI ” . Mengajarlah dari hati mengikut kaedah yang telah dipilh .
Mengajar dari hati akan sampai ke hati .

SABAR, PAHALA TANPA BATAS.

– Sabar, paling utama dalam mendidik .
Kerana harapan terlalu tinggi kepada anak, selalunya anak harapan bertukar jadi anak pelepas geram .
Untuk ibu – ibu yang sedang mendidik anak di rumah, jadikan ayat cinta Allah tentang sabar penghibur hati .
Kata Allah, Allah bersama orang yang sabar .
Kata Allah, sabar itu, pahalanya tanpa batas .

Sebelum memakai baju bakers, pakai dahulu baju #ibuguru .
Memulakan pagi dengan tematik Al Quran I’m

https://t.me/sasupnsitinorlaila

Kredit kepada penulis, Puan Siti NorLaila

#sasuhomeschooling

Leave a Comment

CommentLuv badge