Hati Resah Hati Gelisah

Belajar dari alam.
Melihat memerhati dan merenung.
Banyak kali disebut di dalam Al Quran.
Tidakkah kamu perhati?
Tidakkah kamu fikirkan?

Hujan dan banjir baru – baru ini, apa yang kita pelajari.
Air membuak naik sampai ke bumbung.
Rumah tinggal tangga ada yang tinggal lantai.
Sana sini lautan air.

Bagaimana emosi kita bila hujan turun.
Sama atau tidak emosi kita selepas 18 December dan sebelum 18 December, bila guruh berbunyi…apa yang kita rasa.

Banjir lagikah?
Ya Allah bantu kami ya Allah.

Selangor menangis mencatat sejarah.
Selepas 18 December 2021, bila angin kencang sedikit hati mula resah.
Sungguh apa yang terjadi mengajak kita melihat kekuasaan Allah dengan mata hati.

Hati resah hati gelisah.
Hujan ke malam ini?
Banjir lagi ke?

Hujan sebulan turun dalam sehari.
Sungguh Allah Maha Berkuasa.
Telah tercatat di dalam Al Quran “Dan kami turunkan air dari langit dengan kadarnya”.
Berapa banyak kuantiti air hujan akan diturunkan hanya Allah Ya Alim yang Maha Mengetahui.
Sedarlah kita diri kita hamba yang lemah.
Sekadar mampu melihat langit dan melihat curahan hujan yang turun serta bersedia andai kuantiti air yang turun banyak, akan terjadilah banjir.
Pelajaran di depan mata.
Kitab terbentang untuk dibaca.

Selalu benar kita bertemu ayat di dalam Al Quran.
Wahuwa ala kulliishain Qodir…Dan Dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa.
Saat ini ayat yang satu terasa sangat di hati.
Sungguh banyak mana air yang akan turun hanya rahsia Allah.

#SASU
#IBRAHDARISITUASI
#KUANTITIHUJANRAHSIAALLAH

Leave a Comment

CommentLuv badge