Warna warni dunia baru buat anak-anak tahun 1

warna warni knk2

Perhatikanlah riak wajah dan keterujaan anak kita yang telah melangkah masuk ke tahun 1. Mereka sentiasa teruja untuk ke sekolah setiap hari. Jika di tanya, mereka pasti menjawab “saya lebih suka ke sekolah dari ke tadika sebab ada ramai kawan, ramai cikgu malah sekolah lagi besar”.

Tentunya anak anda suka bercerita pengalamannya seharian di sekolah. Itu ini semua nak diceritakan. Ada kalanya, kita pula tak faham sebab terlalu banyak info nak disampaikan hehe

Layanlah karenah mereka yang suka bercerita kerana ia mampu memberi keyakinan diri anak untuk membawa diri ke arah yang lebih positif. Mana tahu, hasilnya anak akan menjadi pendebat sekolah yang hebat. Kita tak nampak masa depan tapi kita perlu sentiasa positifkan minda.

Dunia anak sudah bermula. Berikan keceriaan untuk mereka menghadapi cabaran yang mendatang. Saya doakan, anak tuan/puan berjaya seperti mana anda menjalani kehidupan dengan cemerlang.

Leave a Comment

CommentLuv badge