[Review buku] : 20 Tip & Rahsia Membina Keluarga Profazz

buku_profazz

Alhamdulillah, saya telah pun memiliki buku ini. Isinya ringkas tetapi padat dengan ilmu pengalaman oleh penulis. Saya memang tak jemu membacanya malah sentiasa nak baca dan baca dan baca.

Jika tak kerana ada tugasan lain yang sedang menunggu, sudah tentu saya mampu menghabiskannya dengan sekali membaca.

Ia memceritakan mengenai seorang ibu yang mempunyai 5 anak berjaya mendidik anak sehingga cemerlang dalam akademik dan kerjaya. Lebih mengagumkan lagi, semua anaknya adalah “Huffaz alquran” iaitu penghafaz alquran.

Ada 20 tip dan rahsia rahsia membina keluarga Profazz yang dikongsi oleh penulis iaitu Puan Siti Nadzrah Sheh Omar.

Jika anda mahu mengetahuinya dengan lebih lanjut, anda boleh ke http://profazz.com.my/ .Anda pasti mendapat sesuatu darinya.

Leave a Comment

CommentLuv badge