Siapa mahu pahala lebih?

 

Anak Terlalu Nakal? Klik Disini!

Nak buat macamana ketika tiada murid yang mahu memadamkan papan putih sewaktu sesi pembelajaran hendak bermula?

Bagi mendorong murid melakukan kebaikan, tak usah sebut perkara yang negatif seperti ayat di bawah.

“Takkan tak da seorang pun yang nak padam papan putih ni? Pemalas betul budak kelas ni”

“Takkan nak tunggu saya berleter dulu, baru nak padam. Macam tak biasa pulak”

“Patutlah kelas ni tak pernah menang kelas paling ceria. Nak sapu papan putih pun malas”

Sedarkah para guru, ayat seperti ini akan meruntuhkan semangat nak belajar atau dengan kata lain, kata-kata seperti ini boleh membunuh minat murid terhadap subjek yang kita ajarkan. Bila sekali murid tak suka subjek tersebut, selamanya dia tak suka.

Anak Terlalu Nakal? Klik Disini!

Pejamkanlah mata dari melihat kesalahan murid. Seboleh mungkin saya ingin menggunakan teknik nabi Pejam Mata Terhadap Kesalahan sebaliknya Memberi Pujian.

Saya suka gunakan ayat seperti ini “Hari ini, siapakah yang mahu pahala lebih dengan memadam papan putih?”

Pasti akan ada murid-murid yang berebut. Bagi murid yang berjaya memadam papan putih, teruskan memuji kebaikan murid tersebut.

“Tadi kamu ada niat nak buat, sudah ada pahala. Sekarang kamu sudah memadam tulisan di papan putih, dapat pahala lagi. Saya boleh menulis di papan putih yang bersih ini, kamu dapat pahala sekali lagi. Kawan-kawan kamu menyalin nota di papan putih, kamu dapat pahala berlipat kali ganda. Bertuahnya kamu”

Agak-agaknya bagaimana keadaan murid tersebut apabila di beri pujian dan rakan-rakannya yang mendengar pujian? Sudah semestinya teknik nabi ini berkesan memberi impak yang maksima.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

Leave a Comment

CommentLuv badge