Umi, saya macam ikan!!!

renang

Tahukah ibu dan ayah bahawa aktiviti berenang adalah antara aktiviti yang popular dikalangan kanak-kanak? Cuba imbas kembali zaman kita dahulu. Betapa seronoknya mandi di sungai atau di parit sehingga seharian lupa jalan nak balik rumah untuk solat hatta makanĀ  selagi mak tak datang mencari dengan membawa rotan di tangan. Dari jauh sudah kedengaran suara mak yang sedang membebel mencari dan kita terus cepat-cepat naik ke darat dan memecut lari balik ke rumah. Betapa seronoknya saat itu.

Berilah peluang kepada anak-anak kita untuk merasai nikmatnya aktiviti berenang di kolam. Nak balik kampung, jauh sangat dan kebanyakan sungai pada waktu sekarang sudah tercemar. Itulah peluang mereka untuk bermain air.

Berenang memberikan banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti menguatkan system kardiorespiratori, menambahkan stamina dan sekaligus menguatkan sendi-sendi anak. Antara faktor di atas juga, berenang mampu memberi keyakinan diri kepada mereka seperti yang telah berlaku kepada anak saya iaitu Ahmad Bukhari.

Pada mulanya, dia enggan untuk masuk ke kolam walaupun dipujuk. Dia berdiri di tepi kolam sambil memerhatikan rakan-rakan sedang bersuka ria bermain air. Di situ berlaku permainan psikologi. Di mana akhirnya, dia sendiri meminta untuk dibawa masuk ke dalam kolam. Mula-mula, malu tapi selepas itu, semuanya menjadi normal. Dia sudah ada keyakinan diri dan ketika gambarnya di ambil, dia berani membuat pelbagai aksi yang menarik.

Keselamatan anak perlu di utamakan dan jangan lupa untuk mengambil gambar atau video mereka sebagai kenangan di masa akan datang.

Leave a Comment

CommentLuv badge