Nikmatnya bermain pasir

p

Memang betul, kanak-kanak amat suka bermain pasir. Umpama orang dewasa mendapat bonus dari majikan hehe Ketika kami sekeluarga menyertai program Hari Keluarga  yang dianjurkan oleh pihak sekolah di sebuah pantai, majoriti anak-anak kecil bermain pasir. Wah, memang Nampak air muka yang sedang bergembira.

Ada kalanya, anak-anak saya mengejar ketam kecil dan cuba untuk menangkapnya namun tidak berjaya. Saya juga menyertai juga aktiviti mengejar anak ketam namun hasilnya tetap sama. Mananya nak dapat tangkap anak ketam kerana jarak setiap lubang yang digali oleh anak-anak ketam terlalu dekat. Tambahan pula, warna kulit mereka dengan pasir hamper sama. Berpinar juga mata untuk membezakan anak ketam dengan pasir hehe

Tahukah tuan puan… pasir pantai mempunyai tekstur yang halus dan mampu merangsang deria sentuhan, kemahiran motor halus serta koordinasi mata dan tangan? Apabila anak-anak leka bermain pasir, kita akan nampak mereka asyik meramas pasir malah mereka mampu membina pelbagai bentuk bangunan dari pasir tersebut. Antara yang paling popular ialah istana pasir yang dikelilingi air malah ada juga yang menghiasnya dengan kulit kerang, daun kayu dan sebagainya.

Itulah anak-anak kita!

Leave a Comment

CommentLuv badge