Elakkan mungkir janji

mn

Kita sendiri tidak suka apabila seseorang memungkiri janji  tanpa alasan yang kukuh. Tambah pula, kita terpaksa menunda sesuatu perkara hanya kerana perkara yang telah dijanjikan. Mahu berasap telinga masa tu…

Begitulah juga dengan anak-anak. Apabila kita berjanji dengan mereka, mereka amat berpegang pada janji. Jika sekali kita memungkirinya, anak masih boleh memaafkan namun jika berkali-kali kita memungkiri janji yang dibuat, kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap kita sebagai ibubapa sudah terhakis. Jangan salahkan anak jika mereka tidak berlaku sopan terhadap. Selidiklah kesalahan kita terlebih dahulu.

Perasaan “ditipu” oleh mereka yang rapat dan disayangi amat menyakitkan hati berbanding orang luar. Oleh itu, berwaspadalah duhai ibu dan ayah!

Leave a Comment

CommentLuv badge