Setiap Anak Perlu Ada Kemahiran

Pagi ini bercerita dengan anak tentang pentingnya kemahiran dalam sesuatu bidang .

Satu anak satu bidang kemahiran .
Minta mereka memikirkan apa kemahiran yang mereka ada.

Menjahit, memasak, bercucuk tanam?

Jika nak dibandingkan zaman sekarang dengan tahun 80an dahulu, anak sekarang beruntung .
Semua ilmu kemahiran ada di depan mata.
Mahu atau tidak sahaja .

Masuk sahaja kelas online, semua bidang ada .
Pilih salah satu, gilap sampai mahir .
Bayaran kelas online pun murah .

Petang semalam bawa Bang Long dan Kak Cik ikut kelas pendidikan awal kanak- kanak .
Bang long lulusan qiraat, Kak Cik bidang bahasa inggeris .

Selalu saya berpesan pada anak – anak .
Tiada sekolah khas untuk menjadi ibu bapa .
Tetapi ada lorong – lorong yang perlu dilalui untuk menjadi ibu bapa berilmu .
Anak – anak sudah besar, insya Allah anak sulung bakal mendirikan rumah tangga tahun ini.
Masing – masing perlu mempersiapkan diri .
Terngiang pesan arwah kakak berbelas tahun dahulu.
” Ilmu campur pengalaman jadi pakar ” .

Saya ikut kelas pengasuhan dahulu diusia tua .
Setelah melahirkan anak bongsu .
Waktu itu, baru tahu berbagai macam ilmu pendidikan awal kanak – kanak .
Bermula dari memandikan anak, mengurut lepas mandi, emosi, perkembangan fizikal anak, pemakanan, sensori motor dan bermacam lagi.
Semua perlu dipelajari . Mendidik dengan ilmu.
Sebelum itu guna kaedah ” try & error ” .

Alhamdulillah, rupanya sejak PKP kelas online untuk pendidikan anak – anak, percuma sahaja .
Usai mendaftar untuk SKM, saya masukkan anak – anak ikut kelas pengasuhan online
Jom sahabat, ramai – ramai ikut kelas percuma ini.
Kelas ini mahal, rm 900 sepatutnya .

Mendidik perlu dari hati.
Mendidik perlu ada ilmu .

 

Kredit kepada penulis, Puan Siti NorLaila

Jom, ikut serta kami di grup Telegram https://t.me/sasupnsitinorlaila

#sasu

#puansitinorlaila

#sayangialquranseawalusia

Leave a Comment

CommentLuv badge