Buka fb terus nampak tulisan Dr Anayasmin tentang dyseleksia.

 

Memang terkesan bila membaca dyseleksia .
Semasa sekolah rendah dahulu saya di kalangan pelajar yang bukan cemerlang .

Masa dahulu mana tahu apa makna dsyeleksia .
Bila ada anak ramai, baru buat pemerhatian .
Alhamdulillah anak ramai .
Pelajaran depan mata .

Anak kedua lahir .
Sakit jantung berlubang VSD, pneumonia dan berat cuma 1.78 kg .
Belajar lambat .
Membaca , menulis, mengaji lambat .
Tetapi seawal sekolah rendah, dah pandai cari duit sendiri .
Melukis kartun dan jual .
Saya belajar, setiap anak ada kelebihan .

Anak nombor enam, bermasalah membaca .
Sampai cikgu tadika marah .
Saya fokus mengajar sendiri anak membaca .
Ambil masa dua ke tiga minggu .
Satu hari, kami berdua habiskan masa berjam – jam, belajar bersama .
Saya belajar, menjadi ibu juga menjadi guru .

Permulaan mengajar, memang banyak drama .
Harapan ibu tinggi menggunung .
Sedang anak yang diajar, baca ABCD, dapat D huruf A dah lupa, dapat A, huruf D dah lupa!.
Sangat mencabar .
Saya belajar, belajar erti sabar dalam mendidik.
Cakap mudah, amal mujahadah.

Memang mulanya drama air mata, kami dua beranak .
Mengadu pada suami, suami bagi nasihat .
Hingga dapatkan nasihat di pusat dyseleksia Lavender Heights .
Saya belajar, jadi ibu perlu berusaha .
Perlu ada ilmu .

Berguru, membaca tengok televisyen .
Alhamdulillah baru faham, apa masalah anak .
Membaca dan terus membaca tentang dsyeleksia .

Bila dah faham, tukar strategi mengajar .
Alhamdulillah, anak dapat membaca .

Sejak tahu masalah anak, saya fokus pada kelebihan anak .
Tutup mata pada masalah .
Naik sekolah rendah, pelajaran Bahasa Malaysia tidak pernah lulus.
Macam mana nak lulus, menyusun ayat pun terbalik – terbalik .
Kami suami isteri terus menyokong anak.
Mata pelajaran yang tidak lulus, kami tak pernah marah .
Asal anak gembira, Alhamdulillah .

Memang sangat bermasalah dalam pelajaran .
Kata suami pada anak .
” Adik tak lulus tak apa, pereksa jer pun, ayah tak kisah ” .
Kami tahu, anak rasa rendah diri di sekolah kerana masalah yang ada .
Dia bukan pelajar lembab, dia cuma ada masalah .
Sebagai ibu bapa, kami perlu menyokong .
Saya belajar, suami isteri perlu sokong menyokong .
Tumpu pada penyelesaian, bukan masalah.

Umur 12 tahun, pertama kali anak kami naik pentas .
Tempat kedua menang tulisan khat namun pelajaran Bahasa ya masih belum pernah lulus.
Dia memang berseni dari umur 4 tahun .
Suka melukis rama – rama, dan mainan warna menggunakan water colour pasti menghasilkan lukisan yang cantik .
Hasil kerjanya ditampal didinding sebagai satu penghargaan .

Bermula dari menang tulisan khat, anak kami terus ke depan .
Tingkatan satu, mula terpilih pelajar cemerlang .
PT3 juga naik pentas, terpilih diantara pelajar cemerlang sekolah .
Naik tingkatan empat, perjumpaan tiga penjuru.
Kami suami isteri hadir .
” Tahniah Puan, anak Puan tempat pertama ” kata guru kelas dengan senyum manis .

” Alhamdulillah, Alhamdulillah. Cikgu macam mana keputusan Bahasa Malaysia anak saya ?” .
Agaknya cikgu pun pelik .
Kenapa soalan itu yang keluar dari mulut saya .
Ya, jujurnya sebagai ibu, jauh di sudut hati, saya mengharapkan anak dapat menguasai bahasa dengan baik.

” Dia dapat 80 markah Puan ” .
” Alhamdulillah, Alhamdulillah, Adik dah faham Bahasa Malaysia ” kata saya sambil memeluk dan mengusap kepala anak, senyum lebar kami tiga beranak .
Kami sedar, anak masih ada masalah bahasa.

Tahun ini, anak kami akan menduduki SPM .
Malam tadi, dia bertanya .
” Ibu, apa harapan ibu pada adik ?”
” Ada soalan dalam exam, tanya harapan ibu bapa ” .

Saya cuma tersenyum .
Inilah cerita kami, tiap kali menulis kisah ini, pasti air mata datang menemani .

 

Kredit kepada penulis, Puan Siti NorLaila.

Bagi mendapatkan info yang pantas, tuan puan dijemput ke grup kami di Telegram https://t.me/sasupnsitinorlaila

#SASU
#Kenalianak.
#Anakpermatahati

#puansitinorlaila

Leave a Comment

CommentLuv badge