Rahsia Mudahnya Anak Bangun Tidur

“Umi, pagi tadi Ahmad tak solat subuh pun”

Apakah reaksi anda sebagai ibu atau ayah ketika anak tidak bangun solat subuh? Biasa sahaja atau memarahinya dengan suara yang kuat sehingga jiran sebelah rumah pun dengar suara kita?

Apa kata, kita cuba ubah ayat yang biasa digunakan malah cara untuk mengejutkan anak kepada sesuatu yang baru. Contohnya :

  1. Assalamualaikum kupu-kupu syurga abi, Ahmad Bukhari bin Khairul Ariffin. Ulanglah dengan ungkapan yang lembut. Jangan dengan nada memarahinya pula hehe Kebiasaan bagi manusia yang sedang tidur, jika namanya dipanggil dengan lengkap, anggota badan pasti akan memberi respon. Saya perasan, tangan anak saya selalunya bergerak jika dipanggil nama penuh semasa ingin mengejutkannya.
  2. Memasang kaset atau cd bacaan alquran sebelum melakukan apa-apa tindakan. Apabila telinga dapat mengesan bunyi bacaan alquran, lebih mudah untuk anak bangun dari tidur.

Anda cubalah teknik tersebut. Insya Allah, teknik memuji anak untuk mengejutkannya bangun solat subuh akan berkesan.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge