Anak Panjang Tangan?

Panjang Tangan
Panjang Tangan

Pernahkah pening kepala apabila datang ibu atau bapa malah rakan anak datang mengadu bahawa anak kita telah mencuri barang mereka. Makin serabut dibuatnya tatkala anak mengatakan dia telah di fitnah. Siapa yang patut kita percaya? Orang luar atau anak sendiri?

Benarkah anak panjang tangan sebenarnya melakukan hal tersebut hanya ingin mendapatkan perhatian kita sebagai ibu bapa? Disebabkan kita telah lama tidak memberi perhatian kepadanya kerana kita sibuk dengan urusan kerja? Sejauh manakah kebenarannya?

Duhai ibu dan ayah.

Tatkala telah datang kepadamu sesuatu berita, selidiklah dahulu kesahihannya. Jangan terlalu cepat menghukum anak seperti memukul dan memarahinya. Emosi anak akan terluka jika dia tidak melakukannya dan jika benar sekalipun, emosi ingin mengambil perhatian akan menjadi dendam kepada ibu dan ayah malah tidak mustahil dendam kepada pengadu. Bukankah hal ini akan menjadi lebih teruk?

Bertanyalah Kepada Allah dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan. Kitakan ada Allah. Sentiasalah bercakap dengan Allah. Bukan hanya ketika solat dan berdoa sahaja. Ibu dan ayah boleh mengadu kepada Allah tidak kira tempat atau masa. Dugaan dalam mendidik anak di zaman ini amat mencabar. Jika silap percaturan, buruk akibatnya.

Kerapkan masa untuk bersembang dengan anak dalam suasana santai dan cuba selitkan pendapat mereka mengenai orang yang mempunyai tabiat “panjang tangan”. Jangan sesekali mengaitkan perbualan ini dengan aduan seseorang terhadap dirinya agar dia tidak terasa di soal siasat.

Jika anda ada pengalaman menangani masalah tersebut, anda boleh berkongsi di ruangan komen. Insya Allah, ianya akan dapat membantu ibu dan ayah yang sedang mencari jalan keluar.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge