Mengenal dan membaca

Em… terfikir-fikir cara untuk mencungkil “singa” dalam diri murid tahun 2 Genius iaitu kelas corot. Bukan senang nak menyakinkan bahawa mereka memang pandai mengenal huruf dan membaca.

Haaa…saya telah mendapat idea. Pnp saya sebelum waktu rehat. Ada slot untuk saya memberi peluang 100% untuk mereka membaca tanpa dipaksa. Pertama kali ingin mencuba.

Saya mengira murid didalam kelas cuma ada 13 orang. 8 tidak hadir. Saya mula menulis nombor 1 hingga 10 dipapan hijau. Mereka mula bising-bising kerana ingin tahu, nombor apakah itu. Dengan tersenyum, saya mula memberi maksud.

“Siapa yang ikut ustazah baca kemudian dia baca sendiri, ustazah akan catat nama dia kat sini dan cukup masa, ustazah benarkan dia keluar rehat.”

Masya Allah, akhlak mereka amat bagus dan mulia. Tidak membuat bising dan mengganggu rakan yang lain. Mereka hanya mengikut saya membaca dan mereka juga berebut-rebut membaca dengan rela hati. Kerja saya pada masa itu? Hanya tersenyum dan menulis nama sahaja kerana kelas telah terkawal dengan sendirinya. Alhamdulillah.

IMG_20140523_140646

It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter

Murid cepat ingat apabila guru…

photo_20140513_183321[1]

Bila mengajar menggunakan lagu, murid memang cepat ingat dan suka. Malah tak ada langsung masa untuk mengantuk atau main-main.

Memang berbeza jika kita hanya mengajar, mengajar dan mengajar. Lepas tu, bagi kerja kat mereka. Mestilah mereka cepat boring dan nak buat ” kerja sendiri “. Bila tengok mereka bermain, guru mula la “Buat apa tu?”, “Duduk tempat awak” dan sebagainya.

Belajar dalam keadaan mereka seronok, kita pun rasa gembira. Nak tahu mereka memang teruja atau tak dengan apa yang kita ajarkan, mereka pasti tak nak bagi kita keluar dari bilik darjah. Ayat yang biasa keluar dari mulut mereka ialah “Tak puas belajar dengan cikgu”, “Kejapnya”, “Jangan la keluar”…

Bila diuji, mereka dapat bagi respon atau maklum balas dengan betul. Bila begini, guru pun seronok mengajar hehe

Inilah pengalaman saya bersama murid tahun 1 dan tahun 2 Genius iaitu kelas corot. Setiap kali habis kelas, saya pasti tertunggu-tunggu nak masuk ke kelas mereka lagi.

 

 

It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter

Seronoknya hari ini dapat berjumpa dengan…

Seronoknya hari ini dapat berjumpa dengan murid tahun 1 Excellent dan 2 Genius setelah 4 hari berkursus. Esok adalah hari terakhir berkursus di IPGM Kota Bharu untuk CPD.
Mereka masih ingat apa yang saya ajar setelah 4 hari saya tiada disekolah.
Maknanya teknik menyanyi sambil belajar amat berkesan untuk ingatan mereka. Terima kasih Allah
It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter