Pacat !!! Gelilah saya

 

Pernahkah adik-adik melihat pacat? Kebiasaannya pacat tinggal dikawasan yang lembap atau basah dan mempunyai rumput.

Bagi adik-adik yang tinggal di bandar, memang payah nak tengok pacat berbanding adik-adik yang tinggal di kampung.

Pacat memang gemar menghisap darah. Selagi tidak kenyang, memang sukar nak menanggalkannya. Bila kenyang, ia akan gugur dengan sendiri dan badannya yang kecil telah bertukar menjadi besar.

Namun begitu terdapat satu fakta yang menarik mengenai pacat iaitu ia memiliki 32 otak. Wah, banyaknya otak!!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top