Hadiahnya coklat

 

Saya suka membuat kejutan kepada anak-anak. Tidak semestinya ia berupa ganjaran tetapi kejutan di hari biasa. Antara kejutan ialah coklat. Senang sangat untuk membuatnya.

Minyak masak setengah cawan-Boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu berminyak.

Susu pekat dan serbuk coklat – 1 cawan. Sukatan bergantung kepada banyak mana coklat yang ingin dihasilkan.

Panaskan minyak masak, kemudian masukkan sedikit demi sedikit susu pekat dan serbuk coklat bergantung kepada tahap kemanisan dan kepahitan yang anda inginkan. Masak sehingga sederhana pekat. Biarkan suam seketika sebelum memasukkan coklat ke dalam bekas coklat. Sejukkan ke dalam peti.

Coklat akan cair dengan sendirinya didalam mulut anda!!!

 

Leave a Comment

CommentLuv badge