Apabila kurang memberi

blog

Apabila anak-anak sudah pandai berkawan, jangan terperanjat jika dia akan meniru perlakuan kawannya. Itulah anak-anak kita namun jika tidak dipantau, risau pula gejala negatif yang di tirunya pula.

Saya mengenali banyak watak kanak-kanak kerana saya mengajar murid tahap 1 ( darjah 1,2 dan 3). Antara yang kerap saya jumpa ialah tabiat meminjam duit kawan tapi tak bayar. Bila di tanya, anak ini memang sudah ada duit namun nafsu membelinya amat tinggi.

Anak sebegini memang pandai bercakap dan memeras ugut jika rakan tidak mahu memberi. Malah tidak malu untuk meminta duit dengan guru. Jika permintaan ini terlalu kerap, sudah semestinya tanggapan negatif akan bermain di kepala. Imej ibu dan bapa sudah tercemar.

Apabila kurang memberi kasih sayang , wang ringgit akan mengambil alih. Asalnya hanya meminjam kemudian akan mencuri. Ini yang paling ditakuti. Anak masih di sekolah rendah tetapi sudah pandai mencuri.

Sebagai ibu dan ayah, janganlah cepat menunding kesalahan ini kepada kawan anak jika kes telah terbukti. Semaklah dahulu pendidikan yang telah ibu dan ayah berikan.

Apabila kurang memberi didikan seperti agama dan kasih sayang dengan alasan “saya sibuk cari nafkah”, “saya sudah serahkan tanggung jawab mendidik anak kepada cikgu”, saya…saya… dan pelbagai alasan lagi diberi.

Tunggu sajalah kejutan yang akan diberikan oleh anak. Saat itu, pukulan atau nasihat sudah tidak berbekas dihati. Elakkan sebelum terlambat.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge