Puan Ainon Mohd

Alhamdulillah. Saya diantara insan yang dipilih oleh Allah untuk mengikuti Kongres Kebangsaan Guru-Guru Tadika di Upm, Serdang ketika cuti sekolah yang lepas. Ramai penceramah undangan yang hebat termasuklah Puan Ainon Mohd.

Banyak ilmu baru yang saya dan suami telah perolehi. Meskipun kami bukan memegang jawatan sebagai guru tadika tetapi kami adalah ibubapa. Kami mempunyai tanggungjawab terhadap amanah yang telah dikurniakan Allah kepada kami.

Saya amat terkesan dengan kata-kata penceramah yang diundang. Misi memandaikan bangsa amat menarik. Majlis dibuka dengan ucapan Puan Ainon Mohd. Setiap tutur katanya begitu tersusun dan menarik perhatian. Saya akui, muslimah islam ini amat hebat. Saya telah jatuh hati dengan beliau.

Puan Ainon Mohd umpama resmi padi yang makin berisi tetapi semakin menunduk. Ilmu yang dikongsi umpama mutiara yang turun dari langit. Menyuburkan bumi dengan pelbagai tumbuhan.

Ya Allah, berikanlah kesempatan untuk diriku menimba ilmu darinya dimasa akan datang. Amin

 

IMG_20140529_233403

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge