Muridku takut…

Minggu ini, murid tahun satu dan enam akan menjalani ujian kesihatan oleh pihak kementerian kesihatan.

Waktu pdp saya adalah selepas rehat tahap satu. Saya telah diminta membawa murid saya ke klinik sekolah. Ketika ini, seorang murid yang bernama Adam mula menangis kerana tidak mahu dicucuk. Saya memujuk dengan kata-kata positif dan memberitahu dia dan kawan-kawan tidak akan dicucuk. Hanya minum ubat cacing sahaja.

Ketika di klinik, murid tersebut meminta agar dia minum ubat dirumah sahaja. Kebetulan ketika itu, ada murid tahun satu yang lain sedang diperiksa. Tiba-tiba Adam hilang. Panik juga saya dibuatnya. Akhirnya dia datang dengan sendiri. Saya tidak menyoal siasat ke mana dia telah menghilangkan diri.

Saya mengajak dia melihat kawan sekelas yang lain diperiksa. Jururawat yang bertugas memang bijak mengurus emosi murid tahun satu. Wah, Adam sudah tidak menangis malah sudah ada keyakinan diri. Saya menunggu mereka sehingga selesai.

Didalam kelas, Adam mula ceria kerana rasa ubat yang sedap. Rakan-rakan juga sibuk bercerita mengenai ubat yang diberikan. Saya memberi penjelasan mengenai cacing dan kesan ubat tersebut. Alhamdulillah, mereka memahami penjelasan saya.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge