Murid seronok baca alquran apabila…

Assalamualaikum.

Saya begitu teruja untuk berkongsi pengalaman dengan anda. Ianya sangat menyentuh perasaan saya ketika membimbing murid 2 Genius untuk membaca alquran. Waktu tersebut adalah waktu tasmik.

Pukul 2-3 ptg memang waktu kritikal bagi subjek alquran. Murid sudah tidak mahu memberi perhatian mahu pun membuka mulut untuk mengikut bacaan guru. Saya terasa seperti seorang diri sahaja yang wujud dalam kelas tersebut.

Apa yang saya perlu lakukan? Saya memberi tumpuan kepada 3 orang murid yang mengikut bacaan saya walaupun perlahan.

“Baguslah Ridhuan, Hakim dan Ahmad mengaji alquran”. Kesannya? Rakan sekumpulan mereka mula mengikut jejak rakan yang dipuji. Saya terus memuji kumpulan mereka.

Kesannya? Semua ahli kumpulan lain mula mengikut bacaan saya dengan penuh bersemangat. Hanya Allah sahaja yang mengetahui detak jantung saya ketika itu. Terasa keajaiban telah berlaku walaupun saya tidak memaksa mereka untuk membaca.

Ketika sampai kalimah (azizun hakim), saya memuji nama murid yang bernama Abdul Aziz. Murid tersebut tersenyum dan mula mengikut bacaan saya yang seterusnya. Saya menutup mata pada kesalahan yang telah dia lakukan sebelum itu. Bermain kertas dan tidak langsung mengikut bacaan saya.

Tanpa dipaksa, murid mengikut bacaan saya. Sambil membaca, saya menunjukkan isyarat “bagus” kepada mereka dan sentiasa memberikan senyuman. Mereka memberikan respon yang luar biasa. Mereka amat gembira sehingga ayat yang terakhir.

Subhanallah. Mengaplikasikan teknik nabi begitu berkesan meskipun mereka murid kelas corot. Berjaya menyentuh emosi mereka, insya Allah, Allah pasti membantu kita. Malah kelas akan terkawal dengan sendirinya.

Syukran ya Allah. Anak didikku adalah amanah yang amat bernilai disisi Allah

IMG-20140507-WA0001

Leave a Comment

CommentLuv badge