Kita juga ada Ana “Frozen”

Ana Muslim

Anakanda saya amat meminati Ana di dalam cerita Frozen. Gambarnya memang cantik. Bagi anakanda, itulah kartun yang menjadi idolanya dalam dunia kecantikan.

Risau saya dibuatnya. Saya akur kartun itu menarik. Cuma pakaiannya yang seksi dan tidak menutup aurat tidak seharusnya menjadi contoh kepada anakanda. Jenuh juga nak fikir.

Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan kepada saya. Ana Muslim! Kartun ini amat sesuai dengan anakanda. Kartunnya patuh syariat malah comel. Saya rasa geram nak cubit pipi Ana Muslim hehe

Pertama kali anakanda melihat watak Ana Muslim, terujanya mereka. Sudahlah tema pink, comel…

Buku novel, komik, majalah, baju dan pelbagai lagi barangan Ana Muslim sudah menggantikan tempat Ana Frozen. Gembiranya anakanda malah sudah mula memahami erti aurat seorang wanita.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge