Misteri Murid Menangis Dalam Dewan Peperiksaan

ec29bfff8f717d17698cca0842534d3e

Ketika saya membaca arahan kertas peperiksaan, berlaku satu peristiwa yang mengejutkan. Ada seorang murid lelaki menangis tanpa sebab. Gempar kelas darjah satu.

Macam-macam spekulasi yang di buat oleh anak-anak syurga ini. Ada yang tak logik sampai saya pun tergelak mendengarnya.

Makin di pujuk, makin kuat dia menangis. Saya risau dia akan termuntah kerana sebelum itu, waktu rehat. Saya dah buntu nak memujuknya.

Saya berdoa agar Allah berikan jalan untuk saya menghentikan tangisannya itu. Alhamdulillah, saya dapat satu cara.

Dengan suara yang kuat serta tangan saya menggosok belakangnya, saya berkata “qalallahhu ta’ala: innallahha ma’assobirin” beserta terjemahan: “Allah kata: Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar”

Tak sampai 3 minit, dia terus senyap dan tanpa di suruh, dia menjawab soalan peperiksaan. Seolah-olah tiada apa yang telah berlaku. Saya rasa terkejut juga dengan perubahannya.

Terima kasih Allah dengan pertolongan yang telah Engkau berikan kepada hambaMu ini.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge