Ikan Silikon Banyak Membantu Adik Irfan

Pensil

Saya mempunyai seorang murid lelaki yang mengalami masalah memegang pensil dengan betul. Jenuh juga saya nak membetulkan cara dia menulis.

Katanya dia sudah selesa menulis seperti itu.

Suatu hari, saya ternampak gambar di bawah di dalam grup telegram bagi guru Linus.

5pc-Dolphin-Shape-Silicon-font-b-pencil-b-font-font-b-grips-b-font-Fish-Style - Pensil

Saya membeli alat ini. Murah sahaja. RM10 untuk 4 pcs. Alhamdulillah, alat ini banyak membantu adik Irfan. Dia sudah berjaya memegang pensil dengan betul setelah hampir 2 minggu saya melatihnya.

Setiap kali saya melihat dia menulis, saya bersyukur sangat-sangat. Terima kasih Allah kerana membantu hambaMu.

Leave a Comment

CommentLuv badge