Ish, kamu ni dengar ke tak mak panggil tadi?

fokus

image: credit to google

 

Pernah kita memarahi anak setelah beberapa kali memanggil namanya tetapi tiada respon? Apa reaksi anda sebagai ibu dan ayah?

Sudah tentu timbul perasaan geram dan nak marah… jap jap… sebelum apa-apa berlaku, fahamilah bahawa anak anda sebenarnya bukannya tidak dengar atau buat-buat tak dengar. Situasi yang berlaku ketika dia sedang melakukan sesuatu aktiviti ialah dia sedang memberi perhatian yang sepenuhnya. Dalam erti kata yang lain, anak anda sedang fokus.

Jangan panik dengan memikirkan, telinga budak ni, ok ke tak?

Sebagai ibu dan ayah, pasti anda perasan perubahan anak ketka dia sedang melakukan aktivti secara serius atau santai. Jika santai, dia jadi macam ni dan ketika serius, dia berubah macam ni. Jangan marahkan jika ini yang berlaku. Biarkan dia menerokai ilmu yang baru agar sel-sel otaknya sentiasa bergerak aktif.

Bukankah Allah dan rasulullah menggalakkan kita agar sentiasa berfikir? Berfikir adalah satu ibadah di dalam Islam.

Leave a Comment

CommentLuv badge