Anakku Obesiti?

obesiti

image: credit to Metro Paper

Individu yang suka menonton televisyen dalam tempoh masa yang lama boleh dikategorikan sebagai pemalas. Kebiasaannya mereka malas melakukan sebarang jenis aktiviti. Apatah lagi sekiranya terdapat makanan ringan atau apa-apa sahaja makanan yang dapat menemani mereka ketika menonton televisyen.

Sedarkah anda, individu yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai perangai yang sama iaitu menonton televisyen? Ingat, aktiviti menonton dalam jangka masa yang lama mampu menaikkan berat badan tanpa disedari.

Awasilah anak anda. Galakkan mereka membuat aktiviti yang lebih seronok seperti membina model kapal terbang, membantu ibu di dapur, meminta mereka mengecat rumah dan sebagainya. Gaya hidup yang sihat pastinya memberikan hasil yang diinginkan.

Leave a Comment

CommentLuv badge