Anak saya suka sangat simpan duit

simpan duit

image: credit to kurakuraygslow.blogspot.com

 

Nabi Muhammad s.a.w menerangkan dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam At-Tirmidzi, “Yang cerdik adalah mereka yang mengawal kehendak nafsunya. Mereka beramal bagi menghadapi suasana selepas mati”

Mereka yang mempunyai disiplin diri berasaskan agama memiliki ciri-ciri istimewa. Antaranya :

J mereka mampu mengikut nafsu tetapi mereka memilih bagi mengawal nafsu tersebut.

Saya sentiasa berjumpa dengan murid yang sanggup memakan ala kadar sahaja. Bila di Tanya, alasan yang diberikan ialah saya suka simpan duit banyak-banyak. Waktu persekolahan sahaja saya boleh menyimpan. Hari cuti, saya dah tak ada peluang nak simpan duit.

Kesian juga dengan murid ini. Apapun, tubuhnya memang sihat. Kadang-kadang timbul rasa geram nak cubit pipinya yang montel. Saya memang tabik dengan murid sebegini. Di saat rakannya membeli apa saja untuk menghabiskan wang, dia pula sebaliknya. Makanan dan minuman sentiasa di bawa dari rumah. Duitnya memang tak terusik langsung.

Insya Allah, anak ini adalah golongan yang akan berjaya dalam hidupnya. Dia mempunyai disiplin diri. Dia mementingkan masa depan.

Jika di asuh dengan cara yang betul, anak ini sentiasa berada di landasan yang benar.

Leave a Comment

CommentLuv badge