Cuaca panas membahang tetapi anak dibiarkan bermain di tengah panas

Anak

 

Kita sedia maklum dengan cuaca sekarang. Sinar matahari seperti menyiat kulit. Pedihnya hanya diri sendiri yang tahu. Suhu sekarang memang tinggi. Ia menguji ketabahan dan kesabaran iman kita.

Saya merasa terkejut apabila ada ibu ayah yang membiarkan anak-anak yang belum menjejakkan kaki ke sekolah rendah bermain panas. Anak-anak ini tidak memakai topi atau kain untuk menutup kepalanya.

Apa yang amat saya kesalkan, ibu ayahnya entah ke mana. Anak-anak ini bermain di jalanraya. Paling membuatkan saya naik angin ketika sebuah lori melalui jalan tersebut, anak-anak ini tidak mahu berada di tepi jalan. Mereka mahu menyentuh badan lori yang sedang bergerak.Lori tersebut sudah memperlahankan kenderaannya kerana ini adalah kawasan taman perumahan.

Di manakah ibu ayah anak-anak ini?

Kes seperti ini terlalu kerap berlaku. Anak-anak ini memang sering dilepaskan. Malah saya pernah hampir-hampir melanggar mereka. Bagaimana kasih sayang yang cuba digambarkan oleh ibu ayah ini? Mereka asyik berada di dalam rumah. Hanya keluar jika suara jiran memarahi anak mereka yang sedang bermain di atas jalan.

Badan mereka kecil. Sukar di lihat. Jika kenderaan sebesar lori itu bergerak dalam keadaan laju, apa-apa boleh berlaku. Seandainya berlaku kemalangan ketika itu, anda tentu boleh mengagak apa akan jadi.

Waktu tengahari dengan matahari berada di atas kepala, anak-anak ini patut berada di dalam rumah. Namun, adakah ibu ayahnya sedar ketiadaan anak-anak mereka ini?

Anak 2 orang pun, terlepas dari pandangan mata. Bagaimana agaknya jika seorang guru perlu berhadapan dengan 30 orang murid dalam satu kelas. 30 orang bermakna ada 30 perangai.

Terima kasih cikgu kerana sudi mengajar anak-anak saya.

Pesan saya kepada ibu ayah, jagalah anak-anak dengan sebaik mungkin. Tiada siapa mahu perkara buruk terjadi. Namun kita boleh ikhtiar selagi ia belum berlaku di depan mata.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge