Badanku Berpeluh Di Sri Layang

Berpeluh

Kali ini saya ingin bercerita mengenai pengalaman berada di IAB Sri Layang, Genting. Badanku berpeluh di Sri Layang… Di Sri Layang, badanku berpeluh

Saya berada di sini kerana menjalani kursus Pengkarya Guru 2016. Amat-amat seronok belajar corak penulisan novel kanak-kanak. Saya dan rakan-rakan di ajar memahami dunia mereka malah perlu memahami bahasa kanak-kanak.

Badanku berpeluh berada di sini kerana perlu mendaki 113 anak tangga. Peh, mencabar ketahanan diri. Badan memang terasa sakit-sakit juga hehe

Semuanya memberi motivasi positif kepada diri saya. Apabila kita sentiasa dalam posisi selesa, kita akan merungut apabila berdepan masalah. Kita mudah alpa dan mahukan semua perkara mesti diselesaikan dengan senang.

Sudah lama badan saya tidak berpeluh atas urusan kerja. Namun kali ini, ia mencabar ketahanan mental saya. Ia membuatkan saya merenung situasi anak murid.

Anak didik saya sentiasa berpeluh terutamanya ketika Pendidikan Jasmani atau sewaktu rehat. Waktu main, mereka main betul-betul. Waktu saya main pula, lebih kepada main-main sahaja. Jauhnya perbezaan dunia kami.

Insya Allah, saya mahu lebih dekat dengan jiwa mereka. Saya ingin menjadi sebahagian dari diri mereka. Seronok sebenarnya bila kita yang dah dewasa ni menjadi seperti mereka. Cubalah duhai ibu dan ayah yang sentiasa di rahmati Allah.

Satu perasaan yang indah akan terbit dalam diri. Mungkin pada mulanya ia terasa pelik tetapi lama kelamaan, kita rasa selesa. Percayalah, anak-anak akan lebih rapat jiwanya dengan kita. Insya Allah.

Biarlah badanku berpeluh kerana anak-anak kecil itu…

Leave a Comment

CommentLuv badge