Andalah penyebab anak suka jajan!

Makanan-ringan_1

Image: credit to www.posterkini.com

Sedarkah ibu dan ayah bahawa makanan segera dan ringan banyak mempengaruhi tingkah laku anak? Makanan seperti gula-gula, keropok, jeruk dan seumpama dengan mempunyai pewarna, perisa dan pengawet makanan. Ianya adalah bahan kimia yang mampu memudaratkan kesihatan malahan OTAK anak-anak kita!!!

Anda mahu anak cemerlang akademik tetapi dalam masa yang sama, anda memberikan jajan kepada mereka. Bila dapat keputusan peperiksaan, anda memarahi anak. Kenapa marah anak? Anda juga menjadi penyumbang utama…

Menurut buku Jauhi Bahan Kimia Dalam Makanan, MSG memudaratkan. Bahan tersebut boleh menyebabkan jantung berdebar-debar, sakit, pening kepala, oto mengeras, murung serta gangguan emosi. Gembirakah anda bila anak berada dalam situasi seperti ini?Puncanya JAJAN!!!

Makanan seperti ini mampu menjadikan anak kita sangat agresif. Apa yang patut kita buat? Mahukah anda terus membiarkan anak-anak memakan jajan?

Berita Harian, 26 April 2011 melaporkan, makanan diproses seperti burger, sosej, nugget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan “tidak sihat” yang di larang di jual di semua kantin sekolah pada bulan Mei 2011.

Ayuh, fikir-fikirkan.

Leave a Comment

CommentLuv badge