Anak Bijak Akademik Belum Tentu Pintar

 


fm41

Image : credit to familyparenting.perempuan.com

 

Tak usah cepat berputus asa apabila ada anak kita yang tidak sempurna seperti anak-anak yang lain hanya kerana lemah dalam akademik. Kejayaan dalam hidup tidak semestinya bergantung kepada kecemerlangan akademik sahaja. Ini kerana ramai anak yang lemah akademik tetapi berjaya memegang gelaran tauke atau bos apabila dewasa.

Kebiasaannya anak ini hebat dari aspek kemahiran seperti membaiki motosikal, menjahit pakaian atau memasak. Jika ibu atau ayah meringankan mulut untuk bertanya kepada tauke atau bos ini, kebanyakan jawapan mereka “masa sekolah dulu, saya biasa-biasa je. Kadang-kadang rajin ponteng kelas” dan sebagainya lagi.

Jika anak kita lemah dari akademik, cubalah bagi sokongan untuk anak menceburkan diri dalam bidang kemahiran. Tak seronok juga bila anak “ulat buku” tidak pandai atau malas bermain hatta bermain congkak. Inilah fenomena yang sentiasa berlaku di sekolah bagi kelas hadapan. Anak-anak kelas hujung juga yang seronok bermain kerana mereka enjoy dan kreatif ketika bermain. Setiap anak adalah unik.

Leave a Comment

CommentLuv badge