Umi, kami nak buku cantik

Buku

“Umi, cepatlah. Kami nak pergi Kedai Buku. Nak baca buku cantik. Jomlah, umi.”

Dalam seorang ibu, pastinya ada rasa gembira apabila anak yang masih kecil sudah menyintai buku.

Meskipun abang masih belum lancar membaca buku namun ianya dikira satu pencapaian yang bagus. Umur 4 tahun sudah mampu membaca suku kata yang mudah.

Kakak yang berusia 3 tahun juga sudah mampu membaca dengan baik. Ada ketika, sebutannya mudah tergelincir kerana mahu cepat bermain. Buku cepat lunyai kerana dia sering memegang sambil bermain.

Kini, adik yang berusia setahun juga sudah belajar menyebut perkataan mudah. Perasaannya untuk membaca buku bermula setelah kerap melihat abang dan kakaknya membaca.

Asasnya, saya memberi penekanan untuk anak menyebut kalimah alquran yang mudah. Kesannya, belajar membaca untuk selain alquran menjadi lebih mudah.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge