Lori sampah robot laaa…

lori sampah

 jepun lori

 

 

 

Pengalaman membawa anak ke negeri lain memang amat bagus. Ianya boleh mengembangkan lagi sel-sel otaknya berkembang untuk bertanyakan soalan, memberi idea penambahbaikan untuk sesuatu yang dilihatnya, melihat budaya masyarakat dan sebagainya.

Ketika berada di beranda hotel, saya di tembak dengan soalan di luar kotak pemikiran saya. Ketika itu, anak-anak sedang memerhatikan lori sampah mengangkut sampah.

“Umi, kenapa lori sampah kat sini, cantik, bersih? Kat tempat kita, lori sampah sampah kotor , buruk, tak cantik. Penuh dgn kotoran?”

“Tempat kita, lori lama. Kat sini, lori baru lagi”.

“Kita pun ada juga lori baru tapi kotor. Kenapa umi?”

Hah, bila mendengar soalan perbandingan, saya sudah berdebar. Soalan aras tinggi juga tu hehe kawasan taman kami ada 2 jenis lori sampah. Lori lama yang sudah pudar catnya&memang jelas nampak kotor. Ada lori baru tapi tetap ada kotoran. Mungkinkah ianya tidak di jaga atau kerana asid dari air sampah yang di buang.

Saya pun tanyakan balik ayat “kenapa” kepada anak.

Rupa-rupanya sebab lori sampah kat sini boleh angkat tong sampah di sebelah sisi. Kat tempat kami, tak ada lori sampah yang macam tu. Pasal itu di panggil lori robot. Tapi tang cat pun, dia komplen juga.

Memang bagus sekali sekala membawa anak pergi jauh sedikit dari tempat tinggal. Boleh mendengar soalan, pendapat yang baru dari generasi Z ini.

Leave a Comment

CommentLuv badge