Suaplah pasanganmu

Rasulullah bersabda: Aku hairan dengan apa yang Allah kurniakan kepada orang yang beriman. Sekiranya dia mendapat kebaikan, dia akan memuji Tuhannya dan bersyukur dan sekiranya ditimpa dengan ujian maka dia tetap memuji Allah dan bersabar. Orang beriman diberi pahala dalam semua perkara sehingga suapan ke mulut isterinya juga mendapat pahala.

HR Ahmad dengan sanad yang baik.

 

Pengajaran hadis. Sesekali suapkan makanan ke mulut isteri walaupun bergurau, dapat pahala. Jangan tunggu waktu sakit sahaja. Demikian juga, isteri suapkan ke mulut suami, juga mendapat pahala dari Allah. Hubungan suami isteri pun sentiasa mekar dan berbahagia. Amin

Leave a Comment

CommentLuv badge