Berenang

Selain mengajarkan alquran kepada anak-anak, saya dan suami juga mengajar anak-anak untuk berenang. Pada mulanya, Ahmad dan Ainul seakan-akan takut dengan air yang banyak. Namun permainan psikologi membuatkan mereka jadi berani. Seronok pula tengok mereka belajar berenang sampai tak nak naik walaupun disuruh berulang kali hehe

Selain belajar berenang dikolam khas, kami juga membawa mereka pergi ke sungai. Mulut mereka pasti bising dengan cerita Upin Dan Ipin. Betapa kuatnya pengaruh Upin Ipin mandi disungai hehe

Abdullah juga tidak ketinggalan ingin turut serta. Ketika dikolam renang, saya tidak membenarkan dia bermain air namun sebaliknya ketika disungai. Kami memberi peluang kepadanya untuk bermain dalam air sambil merangkak. Ianya satu terapi air juga kerana Abdullah dapat merasai urutan pasir dan air.

Memang seronok mengajar anak berenang!

 

Leave a Comment

CommentLuv badge