Sila faham perbezaan Bahasa Melayu dengan loghat daerah.

Bahasa Melayu :
“Saya suka makan buah durian.”

Krikkk: “Agah budok ni kecek lua. Pecoh botol budu dapur.”
————————————————————-
Loghat :
“Aku berehi bena make drian”

Krikkk: “Ni baru betul anok jati”
————————————————————-

Duhai pembaca yang dikasihi.
Ada kesan yang amat besar apabila kita meremehkan seorang anak yang ingin bertutur menggunakan tatabahasa dengan betul. Apabila dia diremehkan, pada saat itu juga dia merasa malu. Keyakinan dirinya mulai terhakis.

Dalam fikiran anak itu akan tertanam satu fahaman. Adalah menjadi satu kesalahan besar menggunakan bahasa yang diajar oleh cikgu untuk dipraktiskan di luar waktu pembelajaran. ‘Tak boleh guna tatabahasa yang betul!’

Kesan yang amat jelas ialah anak terbawa-bawa loghat daerah semasa aktiviti penulisan. Sila semak buku aktiviti Bahasa Melayu anak-anak terutamanya karangan.

Jangan melatah jika ramai anak bangsa kita lemah bagi subjek Bahasa Melayu! Bahasa kebanggaan kita.

Leave a Comment

CommentLuv badge