
Bismillahiramaniraheem
Mengguli roti bersama Uwais pagi ini.
Mengguli roti banyak guna tenaga .
Bab ” rounding ” mesti kemas, cantik .
Perlu sabar dan penuh minat.
Sedang asyik mengguli. Uwais memecah sunyi .
” Ibu, ibu, Rasulullah suka roti barli, ibu buatlah roti barli ” .
Ya Allah, bila disebut Rasulullah suka roti, bangga rasa hati .
Menyediakan apa yang Rasulullah suka .
Kembang rasa , sekembang roti .
” Rasulullah makan dua kali sehari ibu, sampai wafat Rasulullah tak pernah makan kenyang ”
” Ibu, boleh ke makan dua hari sekali Bu, ibu mesti gastrik nanti kan ?” sambil tangannya terus menyapu mentega pada loyang roti .
Hati kembang, terus kuncup, air mata bergenang .
Roti kami penuh semeja, macam – macam rasa berbagai warna.
Roti Rasulullah hanya roti barli .
Jauh berbeza dari kami .
Roti lembut gebu.
Teringat semasa berkisah dengan anak tentang cara makan dan makanan kegemaran Rasulullah.
Hari ini, di meja mencanai, anak menggulang kisah Rasul.
Sangat teruja dia bercerita .
Berceritalah wahai anak, dalam sebak ibu tetap mendengar .
Berkisahlah tentang Rasul kita .
” Uwais jom kita selawat jom ” sambil tangan terus mengguli .
https://t.me/sasupnsitinorlaila
Kredit kepada penulis, Puan Siti NorLaila