Saya dah pandai membeli guna duit

kI0fP

Saya rasa seronok apabila anak-anak sudah faham dan kenal duit. Saya mula didik anak dengan duit sejak usianya 4 tahun. Ketika itu, tadikanya juga telah menanam minat menabung dan belajar membeli di pasaraya.

Sekarang usianya sudah 5 tahun. Sudah tahu membezakan di kedai atau pasaraya mana yang murah atau mahal. Malah si abang inilah juga suka mengingatkan adiknya yang berusia 4 tahun mengenai harga. Selalunya dia akan bagi jalan keluar bila adiknya berkeras nak beli permainan. Abang akan memujuk adik untuk membeli di kedai yang lebih jimat seperti Kedai RM2. Memang dia akan bertegas.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

Nama lagi masih kanak-kanak. Abang juga tak tahan dengan godaan bila melihat barang mainan yang comel. Dia yang akan lebih-lebih merengek. Bila dia jadi begitu, saya atau suami akan berbincang dengan abang mengenai jumlah wang yang di bawa. Selalunya dia akan faham kerana kami tidak akan mungkir janji untuk membelinya di kemudian hari.

Bila anak sudah biasa di didik mengenal wang dan mempraktikkannya di kedai, dia akan lebih cepat faham malah ilmu matematiknya semakin bagus. Anda juga boleh didik anak lebih awal untuk mengenal wang. Terpulang sama ada nak memperkenalkan duit syiling atau kertas terlebih dahulu. Macam saya mulakan dengan duit kertas kerana tarikan warna.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

Jom, didik anak hari ini juga!!!

Leave a Comment

CommentLuv badge