Guna Bahasa Yang Betul Membantu Kecemerlangan Akademik Anak

Perkembangan Bahasa Kanak-kanak

Kali ini, saya ingin berkongsi pentingnya berbahasa dengan betul apabila berkomunikasi dengan anak. Percayalah, ia berkait rapat dengan keyakinan anak kita.

Ibu dan ayah perlu faham mengenai perkembangan bahasa kanak-kanak dan perlu berusaha menggunakan bahasa yang betul ketika berbicara dengan anak.

Lupakan bahasa loghat negeri kita. Gunakan BAHASA MELAYU TINGGI semasa bercakap dengan anak. Jika ada kata-kata mereka yang memandang rendah usaha kita, biarkanlah.

Anak kita, hak kita dan hak anak untuk mendapat pembelajaran yang betul.

Semasa anak kami bercakap menggunakan dengan bahasa yang betul, dia di sindir dengan ahli keluarga yang lain. Sudah pasti saya akan mempertahankan anak saya.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

Saya jelaskan kepada mereka, kelemahan generasi sekarang menguasai subjek bahasa berpunca dari kita. Jika di didik dari awal menggunakan bahasa yang betul, sudah pasti ia membantu keyakinan anak ketika membaca dan menjawab soalan dengan betul.

Contoh: Jalan. Bagi anak yang tidak menguasai bahasa dengan baik, mereka akan menulis jale, jalang dan seumpama dengannya.

Apabila anak lemah membaca, ia pasti memberi kesan kepada penulisannya.

Mendengar – Memahami – Bertutur – Membaca – Menulis. Semuanya berkait rapat dan memberi pengaruh yang besar ke dalam minda anak-anak kita.

Ayuh, kita mampu buat yang terbaik. Tak usah risau anak tak pandai bahasa loghat negeri kerana ia akan dikuasai kemudian.

1 kelebihan apabila anak mampu menguasai Bahasa Melayu Tinggi dengan baik, menguasai bahasa loghat negeri dan seterusnya bahasa yang lain.

Leave a Comment

CommentLuv badge