Pernahkah anak anda terjerit-jerit di khalayak?

 

Ibu ayah pasti merasa tertekan apabila anak terjerit-jerit dikhalayak jika tidak memenuhi kehendaknya yang mahukan sesuatu. Terasa mahu menutup mulutnya dengan kain je kerana terasa malu dengan senyum simpul orang ramai. Apa yang patut dilakukan?

1. Kenali anak anda. Anda hanya perlu membawanya pergi ke tempat sunyi dan memintanya supaya berhenti menjerit. Tenangkan diri anda dan tanya anak mengapa dia menangis. Jelaskan kenapa anda tidak mahu memenuhi keinginannya.

Jika anak masih tidak mahu berhenti menjerit, bawa anak masuk ke dalam kereta dan tinggalkan tempat tersebut. Walau apa pun perasaan anda ketika itu, bertahanlah kerana anak anda masih tidak dapat memahami pemikiran orang dewasa seperti kita. Setidaknya anak anda akan faham bahawa anda betul-betul maksudkan “tidak” dengan meninggalkan tempat tersebut.

2. Elakkan membalas jeritan anak anda kerana ia adalah tindakan kurang bijak. Cuba anda fikirkan berapa beza usia anda dan anak jika anda turut mengikutnya menjerit? Anak anda pasti menganggap menjerit dengan sebegitu adalah betul baginya.

3. Jika anda berada di tempat yang berhampiran dengan paip air, ambillah wudhuk. Selain ia dapat menenangkan jiwa anda ketika itu, sapukan juga air lebihan yang berada di tangan anda ke muka anak yang sedang menjerit. Basuhkan juga rambutnya jika anda masih berada dekat dengan paip air. Insya Allah, anak akan berhenti menjerit. Bolehlah anda jelaskan kepadanya situasi yang sebenar berkaitan dengan kehendaknya sebentar tadi.

Leave a Comment

CommentLuv badge