Anakku dibuli?

Saya amat tertarik menonton rancangan Kopi Bersama Ustaz Kazim berkaitan dengan TRAUMA. Antara punca trauma ialah buli. Pernahkah anak anda dibuli secara fizikal dan mental? Cuba cek dengan anak anda. Cara paling senang ialah sewaktu anda sedang berada dengannya. Anda cuba utarakan isu Buli untuk mendapatkan respon anak. Naluri seorang ibu atau bapa pasti dapat mengesan sesuatu jika ianya benar-benar berlaku.

Antara faktor penarik anak anda dibuli ketika berada di sekolah ialah :

1. Pelajar pintar

2. Lemah lembut atau dengan kata lain, budak baik

 

Pernah terjadi kepada rakan saya berada di sekolah berasrama, “budak baik” ini akan di suruh untuk menyiapkan kerja sekolah, mengemas bilik, membasuh pakaian malah tidak keterlaluan jika “budak baik” ini dipaksa MENCURI. Pembuli sudah tentulah murid yang paling senior. Jika anak anda ditangkap semasa mencuri, anak andalah yang akan menerima akibatnya. Bukan si pembuli. Malah anak anda tidak akan berani mendedahkan rahsia kepada pihak pentadbir hatta kepada ibu bapa kerana tidak mahu dikenakan “hukuman” yang teruk oleh kaki buli.

Sentiasalah menanamkan ilmu agama ke dalam diri anak anda agar tidak menjadi seorang pembuli atau mengambil kesempatan ke atas orang lain. Jika anak anda menjadi mangsa buli, peluk dan ambil kisah keadaan emosinya. Jangan biarkan anak bersendirian menghadapi masalah.

Ibu dan ayah hendaklah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah. Semoga hubungan mesra yang terjalin dengan pihak sekolah dapat mencegah sesuatu perkara buruk menjadi lebih serius. Mencegah lebih bagus dari merawat.

 

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge