Kitalah punca anak tak dengar kata

1416224637197

Geram bila anak buat tak tahu?

“Along, dah berapa kali nak mama panggil?”

“Ish, geramnya budak ni. Buat tak reti je bila suruh buat itu ini!”

Ada pelbagai dialog berunsurkan negatif apabila anak buat tak tahu dengan arahan yang kita berikan. Selalunya anak akan dimarahi dengan teruk, dipukul dan sebagainya. Kemudian kita akan mengadu kepada ahli keluarga atau rakan-rakan perihal anak-anak yang tak dengar kata.

Sebenarnya sebelum kita mengadu kepada mereka, pernahkah kita bermuhasabah diri kita terlebih dahulu? Bagaimana hubungan kita dengan Allah?

Sentiasa patuhkah kita dengan apa yang diperintahkan seperti solat di awal waktu, sempurnakah kita menutup aurat, amanahkah kita dengan apa yang diberikan dan sebagainya.

Saya pernah tersentak dengan ungkapan seseorang. Kita mahu anak-anak patuh dan taat dengan perintah kita tetapi diri kita sendiri cuai menunaikan tanggungjawab kepada Allah. Adilkah?

Allah perintahkan kita untuk menutup aurat mengikut syariat Islam sebaliknya kita berpakaian tetapi telanjang? Solat pun tak serius. Kadang-kadang solat dilambatkan kerana kerja, solat di hujung waktu atau solat ketika rajin malah tak solat terus jika malasssssssssss.

Ibu atau ayah sendiri melanggar perintah Allah. Bila anak-anak tak dengar kata kita, mulalah kita naik angin. Puncanya datang dari siapa? Ibu atau ayah juga.

Sebenarnya Allah sayangkan kita kerana itu, kita ditegur oleh Nya melalui anak-anak supaya kita tersedar.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top