Anak skrin?

 

Skrin mudah alih memang amat digemari oleh anak-anak. Semakin berkualiti skrin tersebut, semakin cantik warna dan permainan di mata mereka. Ianya skrin yang amat menghiburkan.

Sinonim dengan zaman skrin, ibu dan ayah kena sesuaikan diri bersesuaian dengan ungkapan Saidina Ali dalam mendidik anak-anak. Setiap pendidikan mesti berpandukan kepada garis panduan alquran dan assunnah. Terapkan unsur tersebut dalam kehidupan seharian.

Ketika anak asyik bermain dengannya, selitkan unsur-unsur nasihat. Jika anak sering dihidangkan dengan permainan atau cerita yang elok, insya Allah ia akan membantu ke arah proses pendidikan yang baik. Permainan tersebut akan diserap dalam minda bawah sedar mereka.

Apabila ibu dan ayah mahir dengan facebook, instagram atau sebagainya, ia memberi kelebihan untuk memantau anak-anak. Jangan sesekali anda memberi peluang 100% untuk anak bermain dengan skrin sentuh pula. Perlu ada had juga tau…

Jaga iman, akhlak terbentuk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top