Agar-agar?

Em…apa kaitan agar-agar dengan pendidikan anak-anak? Haaa…itu hanya perumpamaan sahaja dalam mendidik mereka. Mendidik anak kecil umpama memasak agar-agar.

Iya tuan dan cik puan yang dihormati. Senangkan memasak agar-agar. Cuma memanaskan air, memasukkan serbuk agar-agar ,kemudian menambahkan gula, perisa atau apa sahaja yang kita ingini ketika ia belum mengeras.

Ketika agar-agar telah mengeras, bolehkah kita nak tambah gula atau apa sahaja? Sudah tentu tidak boleh, betulkan hehe

Begitulah juga dengan mendidik anak kecil. Apabila dari kecil, anak-anak dicurahkan apa sahaja ilmu, tingkahlaku positif atau negatif, ia sebenarnya umpama span yang sedang menyerap air.

Setelah usia mereka semakin meningkat, keupayaan kita untuk memberi nasihat agak terhad. Kita pula akan dianggap tidak memahami kehendak mereka.

Ayuh para ibu dan ayah yang dihormati juga guru yang disayangi, didiklah amanah Allah ini dari awal. Jangan membandingkan dia dengan anak kita. Layanan mesti sama.

Sekali terlepas agak mengambil masa yang lama untuk menarik mereka semula. Ingat!!! Tanggungjawab ini amat berat. Sekali kita tersilap didik, mereka akan meneruskan cara didikan yang salah kepada anak mereka pula.

IMG_20140529_134707

 

Leave a Comment

CommentLuv badge