Mampukah Saya Mengawal Kemarahan Ketika Anak Terlalu Aktif?

Marah Anak

Ketika memandu kenderaan pulang ke rumah, hati terasa tidak sabar nak merebahkan badan di atas katil. Mahu berehat seminit dua tanpa di ganggu.

Namun sebaliknya yang berlaku. Anak-anak buat bising. Ada yang menangis, ada yang mahu di dukung dan pelbagai lagi karenah. Rumah yang kemas sudah bersepah.

Aura negatif sudah datang. Syaitan sudah menghasut lalu lautan api kemarahan sudah meninggi. Pelbagai bayangan mahu dilakukan terhadap anak… NANTI DULU!!!

Bukankah marah itu datangnya dari hasutan syaitan. Di saat marah, hilang kewarasan akal. Jika anak di pukul, semestinya mahu memukulnya sepuas hati. Melepaskan amarah yang terpendam di pejabat, masalah dengan kawan dan sebagainya semua dilepaskan terhadap si kecil. Tergamaknya… Sampainya hatimu…

Anak Terlalu Nakal? Klik Disini!

Jika sebelum ini, kita selaku ibu bapa pernah bertindak kejam terhadap anak hanya kerana mereka aktif. Maafkanlah mereka. Dunia mereka hanyalah dinding. Ke mana lagi mereka ingin curahkan tenaga mereka…

Jika anda berasal dari kampung, tentunya anda masih mengingati momen-momen indah di bendang, dalam hutan dan bermain polis sentri. Di sinilah kita melepas tenaga semaksima mungkin.

Ianya amat berlawanan dengan dunia anak sekarang. Tengok kanan,kiri,depan dan belakang semuanya dinding simen. Biarlah mereka meluahkan kehendak diri.

Saya juga mempunyai 4 orang anak kecil yang belum menjejakkan kaki ke sekolah. Aktifnya amat memeningkan kepala kami. Ada masa, kami hanya membiarkan mereka menyemakkan rumah.

Kesannya, apabila anak sudah membesar sedikit, rumah sudah kurang bersepah. Mereka sudah pandai menjaga kebersihan. Kami banyak bersabar walaupun ada kalanya kemarahan tercetus juga. Memang tak mampu nak melawan amarah.

Ketika isteri marahkan anak, suami hendaklah pegang isteri atau menegurnya. Begitu juga sebaliknya. Teguran sudah mampu membantutkan kemarahan. Cubalah tarik pasangan agar menjauhi anak seketika. Insya Allah, berkesan.

Anak Terlalu Nakal? Klik Disini!

Leave a Comment

CommentLuv badge