Tatkala ikan goreng menjadi role model

/

Duduk bersama anak murid yang sudah semestinya lebih muda usianya, banyak ilmu dapat di kaut dari mereka. Muda tidak bererti bodoh atau kurang ilmunya. Tidak mustahil ilmu mereka lebih hebat dari kita yang sudah berusia.

Ada kala Cikgu Sya rasa tersentak juga bila mendengar perbualan anak muridnya.

“Ita, kenapa awak suka pakai seksi lepas balik sekolah?,” soal Dah.

“Awakkan tahu saya suka dipandang cantik, comel macam pelakon Korea,”jawab Ita dengan mimik muka manja.

“Pelakon Korea berkulit putih tapi awak kulit ikan goreng,” balas Dah.

“Tak kisah la kulit ikan goreng pun. Janji cantik di mata orang,”ujar Ita sambil mengerdipkan matanya berulang kali.

“Ikan yang kulit putih tu pun bila kena minyak panas boleh jadi hitam. Inikan pula kulit kita bila dijamah api neraka,”selamba Dah bercakap.

“Amboi, amboi…,”balas Ita.

Hebat juga perumpamaan yang diberikan. Memang sentap habis…

Nah, ilmu orang muda. Contoh yang diberikan mudah difahami malah mudah direnung-renungkan.

Leave a Comment

CommentLuv badge