9 Aspek Kecerdasan – 3

  Linguistik Adakah anak anda termasuk dalam golongan linguistik? Apakah maksud linguistik? Linguistik ialah kemahiran yang meliputi pendengaran, percakapan, menulis, bercerita, menerangkan, mengingati maklumat dan memahami perkataan. Anak anda memiliki ciri tersebut? Tahniah kerana bukan calang-calang orang yang mampu melakukannya. Jika ingin menguasai pentas, pastinya anak andalah insan pilihan.