Siapa mandi pagi tadi?

mandi pg

“Siapa yang mandi pagi tadi?”

Wow, satu kelas angkat tangan dan kelas yang agak sunyi pada mulanya mula memberi respon. Sudah ada yang mula bercerita. “Cikgu, saya mandi dengan air panas”

“Cikgu, saya mandi dengan sejuk”

“Cikgu, saya mandi guna sabun, gosok gigi”

Kelas mula riuh. Itulah gelagat anak-anak syurga bila di tanya soalan akhlak yang mudah. Kena gaya, mudah saja untuk membuatkan murid pada mulanya malu dan tidak mahu membuka mulut untuk berani.

Guru perlu kreatif malah memang perlu untuk guru menjadi seperti mereka. Biarlah orang kata, cikgu tu macam budak-budak asalkan anak murid terhibur dan mencapai objektif pembelajaran untuk hari tersebut.

Leave a Comment

CommentLuv badge